Taklimat Prosedur MoU Dan MoA | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Taklimat Prosedur MoU dan MoA

Taklimat Prosedur MoU dan MoA

1 Julai 2024, Serdang - Unit Siswazah dan Penyelidikan, ITAFoS telah mengadakan taklimat mengadakan bersama para penyelidik di ITAFoS mengenai  prosedur MoU dan MoA (Do’s and Don’ts) Tujuan sesi perkongsian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penyelidik berkenaan prosedur pengurusan dan permohonan MoU dan MoA yang melibatkan dalam dan luar negara.

Taklimat MoU dan MoA telah diberikan oleh Cik Nur Syafurah Mohd  Khalil dari Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Puan Nor Asyikin Harun  dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Program ini telah dihadiri seramai 35 orang peserta yang terdiri di kalangan penyelidik, Pegawai & Profesional  serta  pelaksana.

Pihak ITAFoS merakam ribuan terima kasih di atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang telah diberikan untuk menjayakan program ini. Diharapkan taklimat ini dapat memberi manfaat kepada para penyelidik mengenai pemahaman penyediaan MoU dan MoA di masa akan datang.

Tarikh Input: 19/07/2024 | Kemaskini: 19/07/2024 | azimahs

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
W, (11:29:29pm-11:34:29pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]