Teluk Intan, 26 Jun 2025 - Kumpulan penyelidik dari Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFOS) telah mengadakan perbincangan dengan pegawai lapangan Solidaridad Network (Malaysia) Berhad di Pejabat Cawangan Teluk Intan. Perbincangan kali pertama ini bertujuan memaklumkan rancangan aktiviti projek kerjasama yang dilaksanakan antara kedua-dua pihak.
Perbincangan tertumpu kepada cabaran dan halangan yang dihadapi oleh peniaga buah tandan segar di beberapa daerah di Perak. Antara isu utama yang dibincangkan ialah isu persaingan di antara peniaga buah tandan segar dan penjualan buah tandan segar di kalangan pekebun kecil bebas. Perbincangan turut merancang mengadakan lawatan susulan ke Perak, termasuk temubual dengan peniaga buah tandan segar terpilih di Hilir Perak. Perwakilan Solidaridad memberi komitmen untuk memudahkan kerja lapangan serta meningkatkan koordinasi dalam pelaksanaan projek.
Perbincangan ini memberi gambaran yang lebih jelas mengenai rantaian bekalan sawit di Perak. Impak positif dari Kerjasama ini dijangka dapat membantu penyelidik menghasilkan cadangan dasar yang mendorong kepada pembangunan industri sawit yang lebih mampan, telus dan bertanggungjawab.

Tarikh Input: 30/06/2025 | Kemaskini: 14/07/2025 | noorbaiti

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia