Academic Visit From Prince Of Songkla University, Surat Thani Campus | INSTITUTE OF TROPICAL AGRICULTURE AND FOOD SECURITY (ITAFoS)
» NEWS » Academic Visit from Prince of Songkla University, Surat Thani Campus

Academic Visit from Prince of Songkla University, Surat Thani Campus

Pada 26 hingga 30 Mac 2023, pihak Institut Pertanian Tropika dan Integriti Makanan (ITAFoS) telah menerima kunjungan daripada Faculty of Innovative Agriculture and Fishery Establishment Project, Prince of Songkla University, Surat Thani Campus, Thailand. Rombongan akademik yang terdiri daripada 3 orang pensyarah dan 15 orang pelajar telah memulakan lawatan pada 27 Mac 2023 dengan sesi alu-aluan dan perbincangan potensi kolabrasi antara kedua-dua pihak bertempat di bilik mesyuarat ITAFoS. Setelah itu rombongan di bawa melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya. Pada hari kedua, rombongan telah di bawa melawat di sekitar UPM. Antara tempat yang dilawati adalah, Ladang Farm Fresh, Supercritical  Fluid Extraction Centre(SFC), Pilot Plant for Juice and Puree (FOOD 8), Laboratory of Microbiological Food Safety (FOOD 1) and Laboratory of Food Chemical of Food Safety (FOOD 1). Pada hari ketiga pula, mereka telah menghadiri satu lagi sesi perbincangan potensi kerjasama dengan Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan dan mendengar sesi perkongsian daripada Laboratori Pengeluaran Tanaman Makanan Pintar-Iklim di sebelah pagi. Selepas makan tengah hari, mereka dibawa pula melawat ke plot tanaman padi di Ladang 16. Rombongan telah selamat pulang pada 30 Mac 2023. Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang lawatan tersebut.

 

 

 

Date of Input: 09/04/2023 | Updated: 13/04/2023 | norshahmimi

MEDIA SHARING

INSTITUTE OF TROPICAL AGRICULTURE AND FOOD SECURITY (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXDdEAP~