Agroekologi Untuk Sistem Makanan Mampan Dan Adil | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» ARTIKEL » Agroekologi untuk Sistem Makanan Mampan dan Adil

Agroekologi untuk Sistem Makanan Mampan dan Adil

Agroekologi adalah sains, satu set amalan dan gerakan sosial (Agroecology Coalition, 2015). Mengikut FAO, agroekologi merupakan "pendekatan bersepadu yang secara serentak menggunakan konsep dan prinsip ekologi dan sosial kepada reka bentuk dan pengurusan sistem makanan dan pertanian" yang "bertujuan untuk mengoptimumkan interaksi antara tumbuhan, haiwan, manusia dan alam sekitar sambil mengambil kira aspek sosial yang mesti ditangani untuk sistem makanan yang mampan dan saksama”. Agroekologi mempunyai 13 prinsip yang dirumuskan seperti dalam rajah dibawah:

 

Rajah 1: Prinsip Agroekologi

Sumber: Agroekologi Europe (2025).

 

Prinsip agroekologi seperti rajah diatas memberikan pelbagai faedah yang positif ke atas sosial, ekonomi dan alam sekitar. Antaranya adalah pemulihan kesuburan tanah, pemerkasaan wanita, peningkatan hasil, meningkatkan kesejahteraan petani dan juga biodiversiti (CAP, 2022).

Dasar pertanian memainkan peranan penting untuk mentransformasikan sistem pertanian ke arah yang lebih lestari dan mampan. Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (2021-2025) telah memasukkan agroekologi sebagai salah satu strategi sokongan bagi mengatasi tanah bermasalah dan terdegradasi kesan daripada amalan pertanian yang tidak lestari. Dengan adanya strategi ini, diharap pengeluaran dan sistem makanan negara akan menjadi lebih mampan sekaligus dapat meningkatkan keterjaminan makanan negara.

 

Rujukan:

Agroecology Coalition (2025). What is Agroecology. https://agroecology-coalition.org/what-is-agroecology/

Agroecology Europe (2025). The 13 Principles of Agroecology. https://www.agroecology-europe.org/the-13-principles-of-agroecology/

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (2022). Agroekologi untuk Semua Inisiatif di Malaysia. https://consumer.org.my/wp-content/uploads/2023/07/4-Julai-2023-Agroecology-for-All_Malay-version.pdf

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (2023). Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025. https://www.kpkm.gov.my/images/04-dasar-agromakanan/pelan_tindakan_dasar_sekuriti_makanan%202021-2025/Pelan_Tindakan_DSMN_2021-2025-min.pdf

Tarikh Input: 30/10/2025 | Kemaskini: 30/10/2025 | ilyaaqeela

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
X, (03:46:51am-03:51:51am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]