
Patogen bawaan makanan boleh ditakrifkan secara ringkas sebagai mikrob jahat. Mikrob jahat boleh menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makanan menyebabkan muntah, cirit-birit, ketidakselesaan perut, penyakit gastrousus dan juga kematian. Patogen bawaan makanan tidak semestinya menyebabkan perubahan ketara pada makanan kerana makanan tersebut masih kelihatan ‘elok’ untuk dimakan.
Pernahkah anda mendengar atau melakukan salah satu amalan berikut? Jika ya, anda mungkin tidak berkeseorangan. Mari kita betulkan beberapa salah tanggapan tentang keselamatan makanan daripada perspektif ahli mikrobiologi makanan.
Tidak selamat kerana makanan yang jatuh ke lantai walaupun sekejap boleh tercemar dengan mikrob berbahaya yang menyebabkan keracunan makanan. Pemindahan bakteria boleh berlaku serta-merta. Walaupun lantai nampak sangat bersih, ia boleh tercemar dengan mikrob yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Jadi, langkah paling selamat adalah buang makanan tersebut supaya dapat mengurangkan risiko keracunan makanan.
Adunan kek atau biskut biasanya mengandungi telur mentah dan tepung gandum. Telur mentah sering dikaitkan dengan jangkitan Salmonella, manakala tepung gandum pula pernah terlibat dalam wabak E. coli patogen dan Salmonella spp. Oleh itu, jangan merasa adunan sebelum ia dimasak untuk mengelakkan risiko keracunan makanan.
Kulat pada roti biasanya adalah berbulu dan bertompok samada putih, kuning, hijau, kelabu atau hitam. Sesetengah kulat menghasilkan mikotoksin, iaitu bahan toksik yang boleh menyebabkan penyakit dan juga kematian. Mengikis bahagian berkulat tidak menjadikan roti lebih selamat dimakan. Oleh itu, roti yang berkulat perlu dibuang untuk mengelakkan keracunan makanan.
Menyahbeku daging di dalam sinki (dengan atau tanpa air) tidak selamat kerana suhu daging akan meningkat kepada suhu bilik jika dibiarkan dalam beberapa jam. Daging mentah boleh mengandungi Salmonella atau E. coli O157:H7, yang mudah membiak pada suhu bilik. Cara paling selamat ialah dengan memindahkan daging beku dari bahagian sejukbeku ke bahagian bawah peti sejuk semalaman sebelum dimasak.
Artikel ini disediakan oleh Dr. Nurul Hawa Ahmad. Beliau adalah penyelidik bersekutu interim Makmal Keselamatan dan Integriti Makanan, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, UPM. Beliau juga merupakanh pensyarah kanan di Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Emel: nurulhawa@upm.edu.my
Tarikh Input: 03/11/2025 | Kemaskini: 03/11/2025 | noordiana

Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia