Syarahan Awam 2019: ‘Antimicrobial Resistance And The Effect On Food Safety And Security’ | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Syarahan Awam 2019: ‘Antimicrobial Resistance and the Effect on Food Safety and Security’

Syarahan Awam 2019: ‘Antimicrobial Resistance and the Effect on Food Safety and Security’

SERDANG, 27 Ogos 2019 – Syarahan Awam bertajuk ‘Antimicrobial Resistance and the Effect on Food Safety and Security' telah diadakan pada 27 Ogos 2019 di DKTM1, Bangunan Food 1, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini dianjurkan oleh Laboratori Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, UPM dengan kerjasama FSTM, UPM. Penceramah jemputan adalah Prof. Dr. Steve Flint daripada Massey University, New Zealand. Beliau merupakan pakar dalam keselamatan mikrobiologi makanan dan bidang penyelidikan utama beliau ialah mikrobiologi makanan, teknologi tenusu, kaedah mikrobiologi pantas, biofilem, teknik molekular untuk analisis makanan, spora bakteria, termofilik bakteria, patogen makanan (terutama Listeria), pemprosesan makanan, menyelesaikan masalah mikrobiologi di kilang pengeluaran makanan, sistem pembersihan untuk pengeluar makanan dan juga analisis penjejakan pencemaran patogen. Prof. Dr. Steve telah berkongsi pengalaman dan pengetahuannya yang luas dalam kerintangan antimikrob dan kesannya terhadap sekuriti dan keselamatan makanan. Beliau telah menekankan bahawa mencegah pencemaran makanan lebih penting untuk mengelakkan penyakit yang kini lebih sukar untuk dirawat dan boleh membawa kematian. Syarahan ini telah menekankan bahawa perkembangan budaya keselamatan makanan dan kecanggihan peralatan penyelidkan akan membantu memastikan keselamatan dan keselamatan makanan pada masa hadapan.

Tarikh Input: 10/09/2019 | Kemaskini: 11/09/2019 | noordiana

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXFFTA7~