Webinar Advanced Methods In Predictive Modeling For Food Safety Oleh Dr. Lihan Huang (USDA) | INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
» BERITA » Webinar Advanced Methods in Predictive Modeling for Food Safety oleh Dr. Lihan Huang (USDA)

Webinar Advanced Methods in Predictive Modeling for Food Safety oleh Dr. Lihan Huang (USDA)

Serdang, 30 April 2024 - Makmal Keselamatan Makanan dan Integriti Makanan, Institut Pertanian Tropika dan Keterjaminan Makanan dan Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah menganjurkan 1.5 jam webinar yang telah dihadiri oleh 50 peserta.


Dalam webinar ini, Dr. Lihan Huang mendemonstrasi hasil ciptaan perisian model prediktif beliau, USDA Integrated Predictive Modeling Program (IPMP), yang telah dilancarkan pada 2013 dan IPMP Global-Fit yang dilancarkan pada 2017. Walaupun IPMP 2013 dan IPMP Global-Fit merupakan perisian yang jitu untuk menganalisa pertumbuhan/nyahaktif mikrob dalam keadaan suhu yang malar, mempunyai perisian yang dapat menganalisa dalam keadaan suhu yang dinamik akan dapat memberikan peluang yang lebih besar. Justeru, beliau sedang membangunkan perisian IPMP Dynamic bagi tujuan tersebut.

 
Dr. Lihan Huang menekankan bahawa pengguna tidak perlu mempunyai pengetahuan yang komprehensif dalam bahasa pemprograman kerana perisian ini dapat memberi jangkaan parameter, menghasilkan graf dan mengira analisis statistik setelah pengguna memuat naik data. Beliau juga menyatakan pakar dalam bidang model prediktif keselamatan makanan adalah masih terhad walaupun isu keselamatan makanan masih merupakan kebimbangan besar bagi banyak negara.


Dr. Lihan Huang merupakan ketua penyelidik bagi unit Mikrob dan Kimia Keselamatan Makanan di Eastern Regional Research Center (ERRC), bertempat di Wyndmoor, Pennsylvania. ERRC merupakan salah satu fasiliti penyelidikan di bawah agensi Agricultural Research Service (ARS), yang menerima peruntukan dalaman untuk mengendalikan penyelidikan agro-makanan bagi United States Department of
Agriculture (USDA).


Dr. Lihan Huang adalah penyelia bagi Dr. Nurul Hawa Ahmad, yang sedang menjalankan latihan pascakedoktoran dalam model prediktif untuk patogen bawaan makakan dalam produk daging dan telur sejak November 2022. Dr. Nurul Hawa mendapat tajaan daripada USDA melalui biasiswa the Oak Ridge Institute for Science and Education (ORISE). Dr. Lihan Huang dan Dr. Nurul Hawa telah menerbitkan dua makalah jurnal mengenai pertumbuhan Bacillus spp. dalam cecair telur kuning, hasil kerjasama penyelidikan antara ERRC dan Food Safety and Inspection Service (FSIS), USDA.

 

Makalah jurnal
1. Ahmad, N.H., Huang, L., Juneja, V. (2024) One-step analysis of growth kinetics of mesophilic Bacillus cereus in liquid egg yolk during treatment with Phospholipase A2: Model development and validation. Food Research International, 176, 13786 https://doi.org/10.1016/j.foodres.2023.113786

2. Huang L., Ahmad, N.H., Juneja, V., Stapp-Kamotani, E., Gabiola, J., Minocha, U., Phillips, R., Hooker, M., Walls, I.,Cook, K., Lindsay, J. (2024). Growth kinetics of Bacillus cytotoxicus in liquid egg yolk during Treatment with Phospholipase A2 – A dynamic analysis. Food Microbiology, 118, 104420. https://doi.org/10.1016/j.fm.2023.104420

 

 

Tarikh Input: 10/05/2024 | Kemaskini: 10/05/2024 | azimahs

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN (ITAFoS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1043
03-9769 4299
SXFVEAt~